Thursday, 18 June 2015

Keburukan teknologi dalam bidang pendidikan


Sesuatu penciptaan atau inovasi itu mesti ada kebaikan dan keburukan. Begitu juga dengan penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan. Perkembangan teknologi banyak membantu dalam dunia pendidikan, namun ianya juga membawa beberapa keburukan. Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan penggunaan teknologi komunikasi seperti internet dikalangan pelajar dan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang banyakdi internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada pelajar, yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di Malaysia. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks, hasutan, khabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan di Amerika yang mendapati 48% guru sukar mencari  laman web yang sesuai untuk proses pengajaran dalam kelas.

Kebanyakkan isi kandungan yang dipaparkan di internet tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana seperti yang kita tahu, medium teknologi komunikasi seperti internet tidak dikawal oleh sesiapa dan semua orang mempunyai hak untuk menulis dan menyiarkan sebarang maklumat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya pelajar tidak dapat membezakan antara maklumat yang betul dan yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet. Oleh sebab itu, guru perlu berupaya menilai maklumat yang diperolehi daripada pelbagai media dan sumber serta berupaya membezakan ketepatan supaya dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul. Kemudahan yang disajikan oleh teknologi dalam dunia pendidikan memberi keburukan kepada pelajar.

Boleh dikatakan, dewasa ini, pelajar tidak lagi kreatif dalam memberikan idea-idea sendiri dalam menyelesaikan sesuatutugasan. Sebagai contoh, teknologi komputer telah menjadikan kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu mudah dengan hanya menggunakan arahan file dan hanya dengan menekan 'copy and paste'. Semua kerja sudah siap tanpa perlu bersusah payah memerah otak. Walaupun teknologi membawa kemudahan dalam sistem pendidikan hari ini, namun ada juga keburukan dimana pelajar yang selalu mengakses internet, sebagai contoh lebih tertarik untuk duduk dihadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan bersosial samada dalam keluarga atau masyarakat. Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka juga kurang memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan pembangunan kejayaan mereka.

Masalah plagiarisme juga boleh berlaku tanpa disedari oleh seseorang pelajar. Pelajar sekarang suka 'copy paste' maklumat yang dicari dari internet tanpa menyedari samada ia telah melanggar hak-hak pengeluar maklumat tersebut.  Masalah ini diburkkan dengan wujudnya maklumat yang berlambak dalam internet yang senang diperolehi oleh seseorang pelajar dengan hanya satu klik tanpa diketahui oleh pengeluar maklumat tersebut.

Selain itu, teknologi yang digunakan untuk tujuan pendidikan ini juga memupuk sikap malas dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi yang canggih, kebanyakkan tugas yang memerlukan kemahiran seperti melukis, mengira, menulis telah diselesaikan oleh komputer. Pelajar sekarang akan menjadi lebih malas dan kehilangan kemahiran tertentu dengan meningkatnya kebergantungan kepada komputer. 

Masalah komunikasi dan plagiarisme juga boleh berlaku dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Dari segi komunikasi, terutamanya mereka yang mengikuti program pendidikan jarak jauh, masalah komunikasi antara pelajar dengan pensyarah mungkin wujud kerana mereka dijarakkan dengan sebuah komputer. Ia boleh menggalakkan komunikasi yang pasif antara pelajar dan pensyarah mereka. Fikirkan seorang pensyarah yang terpaksa berhadapan dengan banyak pelajar dalam satu masa melalui komputer, dia tidak mungkin dapat memberi perhatian yang sepenuhnya kepada seseorang pelajar dan menjawab persoalan yang dikemukakan dalam masa yang sama.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan semakin meluas pada masa kini. Ia dapat memberi kesan terhadap apa yang dipelajari dan bagaimana pelajar dapat menggunakan hasil carian mereka. Oleh itu kesan baik dan buruk penggunaan teknologi dalam pendidikan harus dipertimbangkan sebelum perlaksanaannya. Persoalan seperti dimana dan bagaimana kita menggunakan teknologi maklumat harus dijawab dan bukannya kita harus atau tidak harus menggunakannya.


















          




6 comments:

  1. saya setuju dengan pendapat Nurul bahawa kadangkala penggunaa internet membawa keburukan kepada pelajar seperti kegiatan plagiarisme.Pelajar tidak lagi gemar membaca untuk menyiapkan tugasan dan sebagainya.Mereka lebih cenderung menggunakan hasil kajian yang sediaada

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan pendapat yang diberi ia adalah kebenaran yang sedia ada sekarang

    ReplyDelete
  3. bagi saya teknologi adalah bagus dalam bidang pendidikan, namun penyalahgunaan dalam teknologi ini membawa keburukan kepada pengguna yang lain

    ReplyDelete
  4. saya setuju dengan pendapat yang diberikan. saya akui bidang teknologi amat diperlukan pada zaman sekarang. namun ia boleh menyebabkan pelajar kurang berfikiran kreatif.

    ReplyDelete
  5. ia bagus diperkenalkan dari sekolah tetapi penyalahgunaan boleh membawa kepada keburukan kepada pengguna pada hari ini.

    ReplyDelete
  6. Caesar Casino Review (2021) | Play at First Look
    Caesar Casino Review. Find the most detailed review for Caesar Casino. See its features, games, complaints, 메리트카지노 bonus codes and more. Rating: 카지노 4 · ‎Review by 제왕 카지노 Nathan Grohman

    ReplyDelete